Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Petani dipenjara 22 tahun, 20 sebatan mengaku salah laku sumbang mahram 


Hukum sumbang mahram
ANGGOTA polis mengiringi petani yang dijatuhkan hukuman penjara selama 22 tahun dan 20 sebatan oleh Mahkamah Majistret Betong di sini, hari ini. - UTUSAN/MULLER ASEN

BETONG 6 Sept. - Seorang petani dijatuhi hukuman penjara 22 tahun dan 20 sebatan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini, kerana kesalahan melakukan sumbang mahram dengan anak kandungnya sejak tiga tahun lalu.

Magistret Jason Juga menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh berusia 49 tahun yang mengaku bersalah atas enam pertuduhan.

Tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 376(B) Kanun Keseksaan, didakwa telah melakukan sumbang mahram dengan anak tunggalnya sejak berusia 12 tahun.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh melakukan perbuatan terkutuk itu sejak September 2014 hingga Julai lalu di Kampung Empelam, Kabong.

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa Jessica Unchi, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain