Azri AF9 atau nama sebenarnya Mohammad Azri Abdullah, 30, didakwa melakukan perbuatan tersebut terhadap anak tirinya yang berusia 10 tahun itu di sebuah pangsapuri, Jalan Putra Indah 9/1C, Subang Jaya dekat sini, kira-kira pukul 8 pagi, 5 Mei tahun lalu.

Dia yang juga suami kepada bekas juara program Mentor musim kelima, Salma Andi-Asis, 27, didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman ­de­n­­d­a maksimum RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya, V.V. Suloshani yang mengendalikan pendakwaan mencadangkan ikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin terhadap Azri manakala peguam, Fahmi Abd. Moin yang mewakili tertuduh memohon jaminan minimum atas alasan anak guamnya penanggung tunggal keluarga selain turut menjaga ibu dan adik-adiknya.

Hakim Mohammed Mokhzani Mokhtar bagaimanapun membenarkan Azri diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan bapa tiga anak itu tidak boleh mengganggu mangsa dan me­netapkan 15 Mei ini untuk sebutan semula kes.

Sebelum ini, media melaporkan, Azri dan Salma telah berkahwin pada 31 Januari 2015 dan hasil ikatan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Andi Raisya yang kini berusia setahun selain penyanyi jelita yang turut menjuarai program realiti nyanyi­an 3 Juara itu mempunyai dua lagi anak menerusi perkahwinan sebelum ini.