Laungan dan jeritan itu dibuat oleh sekumpulan lelaki sebelum seorang daripada mereka bertindak melemparkan objek keras dipercayai besi tiang takraw ke arah cermin sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT).

Pemandu jentera FRT, Md. Elliza Mohd. Noor dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya merupakan saksi kedua dalam inkues bagi menentukan status kematian anggota bomba,

MD. ELLIZA
MD. ELLIZA 

Muhammad Adib Mohd. Kassim itu berkata, bagi mengelakkan serangan bertambah buruk, dia bertindak mengundurkan kenderaan sedikit sehingga berlaku pelanggaran dengan Jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

Menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya selaku Pegawai Pengendali, Hamdan Hamzah dalam Mahkamah Koroner di sini hari ini, Md. Elliza menjelaskan, dia bersama pasukannya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran kereta di hadapan kuil pada pukul 1.02 pagi.

“Setibanya di lokasi pada pukul 1.12 pagi, saya memberhentikan kenderaan pada jarak 10 hingga 15 meter untuk membuat pemadaman. Tugas saya adalah sebagai pemandu jentera dan operator pam tetapi pada masa itu tidak membuat tugasan pam kerana ada pergera­kan sekumpulan orang awam menghampiri jentera FRT.

“Mereka datang menjerit menyuruh kami jangan memadamkan kebakaran sambil memberi isyarat tangan menghalau. Namun, secara tiba-tiba tidak sampai lima hingga 10 saat, terdapat ketukan pertama di cermin hadapan menggunakan besi tiang takraw sebelum diikuti balingan objek seperti batu-bata dan topi keledar.

“Malah, saya juga ternampak dua atau tiga orang awam berlari di sebelah kiri jentera dan menuju ke arah belakang namun saya tidak tahu apa tujuannya,” katanya.

Muhammad Adib, 24, yang juga anggota Unit EMRS Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Subang Jaya, parah selepas dipercayai diserang dan dipukul perusuh dalam kejadian kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November lalu, dan menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada 17 Disember tahun lepas.

MOHAMAD NASIR
MOHAMAD NASIR 

Dalam pada itu, saksi pertama, Ketua Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, Deputi Superintenden Mohamad Nasir Drahman berkata, ketika beliau bersama beberapa anggota menjaga lalu lintas, beliau ternampak jentera bomba FRT yang tiba untuk memadam kebakaran sebuah kereta di kuil tersebut dibaling dengan objek keras.

Sementara itu, ketika menjawab soalan peguam mewakili keluarga Allahyarham Muhammad Adib, Mohd. Kamaruzaman A Wahab mengapa tidak turun daripada jentera, Md. Elliza memberitahu, dia tidak berbuat demikian kerana melihat pergerakan orang awam yang mencurigakan.

 

“Saya melihat mereka dalam keadaan mencurigakan kerana cara mereka datang dan menyorokkan sebelah tangan di belakang badan seperti memegang sesuatu.

“Saya dan penyelia (Badrul) berasa sangat takut apabila diserang kerana balingan yang dilakukan orang awam berterusan seperti bertih jagung,” ujarnya.

Dalam pada itu, saksi pertama, Ketua Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, Deputi Superintenden Mohamad Nasir Drahman berkata, ketika beliau bersama beberapa anggota menjaga lalu lintas, beliau ternampak jentera bomba FRT yang tiba untuk memadam kebakaran sebuah kereta di kuil tersebut dibaling dengan objek keras.