Mereka ialah Mohd. Hisham Dahalan, Waheeda Mohamad, Siti Nurul Hayati Isnin dan Rosilah Othman yang kesemuanya perunding insurans sebuah syarikat insurans.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada pukul 2.59 petang, 6 Mac lalu di ruang legar tingkat 5 bangunan berkembar Bank Rakyat, Brickfields di sini.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 47 (1) (b) Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 33 akta sama yang memperuntukkan hukuman denda RM3,000 atau penjara empat bulan jika sabit kesalahan. - UTUSAN ONLINE