Hakim Datin Azizah Nawawi dalam keputusannya menyatakan, mahkamah mendapati permohonan ahli politik pembangkang itu tiada merit.


Permohonan semakan kehakiman Teresa ditolak dengan kos RM5,000 untuk dibayar olehnya kepada Datuk Bandar.


Pada 7 Oktober 2016, Teresa dan Persatuan Pengguna Selangor dan Wilayah Persekutuan, Mohd. Yusof Abdul Rahman selaku pihak pemohon memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman untuk membatalkan perintah menaikkan caj meletak kenderaan dengan alasan kenaikan itu dibuat tanpa mendapatkan pandangan orang ramai dan menyalahi undang-undang.


Pemohon juga memohon untuk membatalkan pelantikan Vista Summerose dan Yayasan Wilayah Persekutuan untuk mengutip caj baharu bagi perkhidmatan meletak kenderaan. -utusan online