Hakim Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali menetapkan demikian selepas peguam Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah yamg mewakili bekas Perdana Menteri itu memaklumkan telah memfailkan permohonan bertulis semalam.

Pihak pendakwaan juga tidak menawarkan wang jaminan tambahan bagi pertuduhan baharu yang dikemukakan hari ini sebaliknya mengguna pakai wang jaminan RM1 juta yang dibenarkan oleh mahkamah sebelum ini.

Sebelum itu, Najib turut membuat pengakuan tidak bersalah di hadapan Hakim Mohd. Nazlan terhadap tiga pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram melibatkan dana RM42 juta berkenaan SRC International Sdn. Bhd.

Beliau juga membuat pengakuan sama terhadap tiga pertuduhan pindaan berkaitan kesalahan pecah amanah dan satu pertuduhan pindaan kes salah guna jawatan. 

Mahkamah hari ini juga membenarkan ketujuh-tujuh pertuduhan itu dibicarakan bersama. - UTUSAN ONLINE