Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Permohonan Maria Chin cabar keputusan kerajaan sekat perjalanan, ditolak

MARIA CHIN
MARIA CHIN

KUALA LUMPUR 18 Mei - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah untuk mencabar keputusan Ketua Pengarah Imigresen dan kerajaan yang mengenakan sekatan perjalanan terhadapnya ke luar negara pada 15 Mei tahun lalu.

Hakim Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad dalam keputusannya berkata, permohonan yang dikemukakan oleh Maria kini bersifat akademik semata-mata. 


Menurut hakim itu, tiada keperluan bagi kerajaan untuk mengemukakan alasan bagi sekatan perjalanan yang dikenakan terhadapnya. 


Seksyen 59A Akta Imigresen tiada sebarang peruntukkan yang membenarkan keputusan itu disemak semula dan dipersoalkan di mana-mana mahkamah dan tiada keperluan bagi kerajaan untuk mengemukakan alasan berbuat demikian. 


Maria dalam permohonannya, memohon perintah mahkamah untuk membatalkan keputusan kerajaan menyenaraihitamkan namanya daripada ke luar negara.


Maria berkata, beliau hanya tahu mengenai keputusan kerajaan berhubung larangan terhadapnya ketika hendak meninggalkan negara.


Dalam permohonan bertarikh 28 Julai tahun lalu itu, beliau menamakan ketua pengarah Jabatan Imigresen dan Kementerian Dalam Negeri sebagai responden. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain