Perkara itu diputuskan oleh Hakim Azizul Azmi Adnan ketika Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan kerajaan negeri Selangor itu yang dibuat melalui Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.


Hakim Azizul Azmi dalam keputusannnya menyatakan, mahkamah berpendapat, perkara yang dipersoalkan itu boleh dibangkitkan tanpa keperluan untuk memanggil atau memeriksa balas Mohd. Hashim di mahkamah.


Ekoran keputusan itu, merit permohonan semakan kehakiman kerajaan negeri yang menuntut perisytiharan berhubung isu persempadanan semula kawasan pilihan raya membabitkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen di Selangor yang sepatutnya didengar esok, telah ditangguhkan. 


Peguam Datuk S. Ambiga yang mewakili kerajaan negeri tersebut akan mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan. - UTUSAN ONLINE