Hakim Norashima Khalid memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya di akhir kes pendakwaan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menggunakan perkhidmatan aplikasi melalui laman profil Facebook ‘Fahmi Reza’ di pautan https://www.facebook.com/photo.php?fbid, secara sedar telah membuat dan memulakan penghantaran komunikasi pal­su sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.

Perbuatan itu yang didakwa dilakukan oleh tertuduh kira-kira pukul 12.31 tengah hari pada 8 Februari 2016 telah dibaca di alamat Seraya Sdn. Bhd., Batu 3, Jalan Jelapang pada pukul 2.40 petang, hari sama.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nazrul Nizam Mohd Zameri sementara tertuduh diwakili peguam Syahredzan Johan. - UTUSAN ONLINE