Bagaimanapun, tertuduh, Nik Rahimah Nik Mohd. Rawi, 58, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Roszianayati Ahmad selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Difahamkan, bayi yang diperdagangkan itu merupakan anak tidak sah taraf.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh merupakan ibu kepada empat orang anak itu didakwa memperdagangkan kanak-kanak perempuan berusia 15 hari di pejabat Pesuruhjaya Sumpah di Bandar Baru Selayang, dekat sini kira-kira pukul 10 pagi pada 8 Februari lalu.

Tertuduh juga didakwa memperdagangkan kanak-kanak lelaki berusia tiga hari di tempat parkir kereta di Balai Polis Batu Arang, Gombak pada pukul 8.40 malam, 23 Februari lalu.

Jika disabitkan bersalah, tertuduh boleh berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun atau denda mengikut Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan orang dan Antipenyeludupan Migran 2007. - UTUSAN ONLINE