Ku Ahmad Fikri Ku Abdul Halim, 24, didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Kami Krishna Bahadur, 36, yang bekerja di tempat sama dengan menumbuk dahi dan kepala serta menendang paha mangsa.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah pasar raya, SS 6/12, Kelana Jaya dekat sini kira-kira pukul 12.15 tengah hari, 28 Februari lalu.


Pertuduhan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Natasya Chin Le Jy mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.


Majistret Nurulhuda Zakariya membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 3 April ini untuk sebutan semula kes.


 - UTUSAN ONLINE