Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Penuntut politeknik didakwa culik, lakukan amang seksual terhadap budak perempuan

Penuntut politeknik didakwa culik, lakukan amang seksual terhadap budak perempuan
UMAR ARIFFIN yang berdepan sembilan pertuduhan termasuk enam melibatkan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan dibawa ke Mahkamah Seremban hari ini. - UTUSAN

RASAH 23 Ogos - Seorang penuntut Politeknik Port Dickson didakwa di Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret Sivil Seremban di sini hari ini atas sembilan pertuduhan termasuk enam tuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang budak perempuan berusia sembilan tahun sejak Jun lalu.

Tertuduh, Umar Ariffin, 21, yang merupakan penuntut Diploma Kejuruteraan Mekanikal bagaimanapun, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.

Kesemua pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah terhadap pemuda itu di hadapan Hakim G.Ramesh dan Hakim Noor Hayati Mat serta Majistret K.B Elena Hong Tze Lan.

Berdasarkan pertuduhan di Mahkamah Sesyen, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal dengan menyentuh mulut, buah dada dan kemaluan; memasukan jari dalam kemaluan serta mengarahkan mangsa menghisap kemaluan dan menelan air mani tertuduh antara pukul 4.45 pagi hingga pukul 7.10 malam, 14 Ogos lalu di sebuah rumah di Bandar Springhill dekat Port Dickson.

Umar juga didakwa melakukan amang seksual fizikal dengan menyentuh buah dada dan kemaluan mangsa antara pukul 3 pagi hingga 4 pagi, 14 Jun lalu di tepi bangunan Jabatan Matematik, Sains dan Komputer di Politeknik Port Dickson.

Timbalan Pendakwa Raya, Norshazwani Ishak mengemukakan pendakwaan bagi enam pertuduhan itu di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 14(d) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat bagi setiap kesalahan, jika sabit bersalah.

Terdahulu, tertuduh juga mengaku tidak bersalah atas dakwaan menculik budak perempuan sama daripada penjagaan bapa mangsa pada pukul 3.30 pagi, 14 Ogos lalu di sebuah rumah di Telok Kemang, Port Dickson.

Bagi pertuduhan tersebut, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga tujuh tahun dan denda.

Tertuduh diwakili peguam Mohamad Zahid Ahmad, M. Sivam dan K. Mahalakshimi. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain