Bagaimanapun, tiada sebarang rekod pengakuan dibuat oleh Betty Kuleh, 24, yang berasal dari Belaga.

Majistret, Zulhairil Sulaiman mengarahkan suspek ditahan reman hingga selesai kes yang merupakan kesalahan tidak boleh diikat jamin.

Beliau menetapkan 19 Mei bagi sebutan kes bagi mendapatkan laporan kimia.

Mengikut per­tu­duh­an, wa­ni­ta itu didakwa membunuh menyebabkan kematian pada bayi di rumah No. 102, Blok F, Tingkat Bawah, Pangsapuri Sama Jaya, Muara Tabuan di sini kira-kira pukul 6 pagi, 11 April lalu.

Suspek menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika disabit boleh dikenakan hukuman mati mandatori.

Pegawai Pendakwa, Inspektor Hisyam Junaidi yang me­ngendalikan pen­dak­waan ba­gaimanapun tertuduh tidak diwakili peguam.- UTUSAN ONLINE