Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Penulis novel mohon berikan akaun pendapatan hasil tayangan filem

Penulis novel mohon berikan akaun pendapatan hasil tayangan filem

KUALA LUMPUR 23 Ogos - Penulis novel ‘Aku Bohsia’, Elias Idris memohon supaya Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof, bapanya, Datuk Yusof Haslam dan

syarikat Skop Production Sdn. Bhd. mengemukakan akaun pendapatan daripada tayangan filem Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam’.

Elias selaku pihak plaintif mendakwa ketiga-tiganya yang dinamakan sebagai pihak defendan telah melanggar hakcipta penulis ke atas novel hasil karyanya itu.

Notis permohonan Elias yang difailkan hari ini melalui peguamnya, K. Periasamy atas alasan Mahkamah Rayuan pada 21 Mac lalu telah memerintahkan supaya ganti rugi yang berhak diterima oleh pihak plaintif, ditaksirkan Mahkamah Tinggi.

Elias turut memohon perintah supaya pihak defendan mengemukakan kesemua akaun pendapatan daripada penjualan cakera padat filem, akaun hasil pendapatan daripada pengiklan filem, sponsor-sponsor, perbelanjaan berkaitan pembikinan filem termasuk gaji kakitangan.

Hakim Datuk Wong Kian Kheong akan mendengar permohonan Elias pada 24 Oktober ini. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain