Mohd. Faiz Mustaffa, 30, yang merupakan pensyarah Fakulti Farmasi di kampus berkenaan didakwa melakukan perbuatan tersebut ketika bertugas sebagai tutor di rumah kebajikan itu yang menempatkan ketiga-tiga mangsa, sekitar dua tahun lalu.

Tertuduh menghadapi enam tuduhan melakukan kelucahan melampau dan enam tuduhan seks luar tabii terhadap ketiga-tiga pelajar itu yang ketika kejadian berumur di antara 12 tahun dan 15 tahun.

Kejadian didakwa berlaku pada waktu dan di tempat-tempat berlainan termasuk di tandas fakulti tersebut, tandas sebuah resort dan bilik rumah kebajikan itu.

Hakim Yong Zarida Sazali membenarkan tertuduh yang baru berkahwin Februari lalu dibebaskan dengan jaminan RM60,000 dengan seorang penjamin manakala pasportnya diserahkan kepada mahkamah sebagai syarat jaminan.

Kes itu akan disebut pada 8 Disember depan. - UTUSAN ONLINE.