Perintah tahanan reman itu diperoleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) daripada Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Georgetown, Muna Maria Azmi.

Menurut sumber, wanita berusia 42 tahun itu ditahan kira-kira pukul 12 tengah hari di Pejabat SPRM negeri ketika hadir untuk memberi keterangan.

Sumber memberitahu, siasatan awal mendapati suspek telah menggunakan kedudukannya dengan mencadangkan syarikat milik sendiri bagi kerja-kerja pembekalan dan perkhidmatan di pusat sukan dan rekreasi universiti tersebut bagi tempoh 2013 sehingga 2017. - UTUSAN ONLINE