Hakim Kamarudin Kamsun menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Mohd. Razali Mat Akhir, 40, yang merupakan penolong pegawai kesihatan persekitaran di Pejabat Kesihatan Segamat,  mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan.

Mengikut kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa menggunakan kedudukannya melantik kakak dan abang iparnya untuk beberapa perolehan, perkhidmatan dan bekalan melibatkan program anjuran pejabat kesihatan di sekitar daerah Segamat membabitkan jumlah keseluruhan RM49,155.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di Pejabat Kesihatan Daerah Segamat antara 23 Jun 2016 hingga 8 November 2017.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi. - UTUSAN ONLINE