Perintah tahanan reman dikeluarksn Majistret Abdul Hayyi Salim setelah membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Penolong jurutera berumur 40 tahun itu ditahan pukul 11.10 pagi semalam di kediamannya di sini manakala penolong jurukur bahan ditahan pukul 2.30 petang semalam di Pejabat SPRM di sini.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Kedua-dua suspek ditahan kerana disyakki menggunakan jawatan mereka bagi mendapatkan kerja-kerja di jabatannya untuk syarikat isterinya dengan menggunakan nama syarikat pihak ketiga.

Mereka dipercayai melakukan perbuatan itu antara tahun 2015 hingga 2018. - UTUSAN ONLINE