Chong Min Hiong @ Raymond Chong, 59, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

Raymond yang telah berkhidmat selama 39 tahun dengan jabatan itu didakwa mengikut Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) akta yang sama.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Rustam Sanip menawarkan jaminan sebanyak RM50,000 dengan RM10,000 didepositkan namun Hakim Abu Bakar menetapkan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin iaitu isteri tertuduh.

Hakim Abu Bakar turut menetapkan 26 Julai ini untuk pengurusan kes. - UTUSAN ONLINE