Tertuduh, Jamal Abdullah, 48, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Nixon Kennedy Kumbong selepas enam pertuduhan dibacakan ke atasnya.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa menyalah gunakan kuasanya berkaitan memohon syarikat milik isteri, abang ipar dan adik iparnya bagi melakukan kerja-kerja berkaitan penyelenggaraan sistem perairan luar bandar di sekitar Bau, Lundu dan Sematan sepanjang 2016.

Kesemua pembayaran bagi enam kerja itu dibuat ke akaun syarikat milik isteri, abang ipar dan adik iparnya pada tahun tersebut.

Dia didakwa mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Tertuduh kemudiannya dibebaskan dengan ikat jamin RM25,000 oleh dua orang penjamin.

Nixon menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 24 September depan, manakala perbicaraan dijalankan pada 29 Oktober hingga 2 November nanti.

Tertuduh turut diarahkan untuk menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM, Ikhwan Mohd. Ibrahim manakala tertuduh diwakili peguam Francis Wee. - UTUSAN ONLINE