NOOR HISHAM

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, lelaki berusia 23 tahun itu didapati melanggar beberapa peraturan termasuk pengiklanan hasil tembakau, penjualan hasil tembakau kepada remaja di bawah umur serta amaran kesihatan bergambar pada kotak rokok.

Menurut beliau, pendakwaan terhadap pemuda terbabit dilakukan setelah Jabatan Kesihatan Selangor mengesan kegiatannya menjual hasil tembakau melalui laman Facebook.

“Kita turut mendapati transaksi jualan dalam talian melibatkan pelbagai jenama hasil tembakau. Malah, ada yang dijual dengan harga serendah RM11,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Noor Hisham menasihati orang ramai yang ingin berniaga secara dalam talian agar memahami ke­perluan undang-undang.

Ini kerana jelas beliau, perbuatan menjual hasil tembakau secara dalam talian perlu dikawal bagi memastikan orang ramai, khususnya remaja tidak dapat membeli atau memiliki hasil tembakau dengan mudah.

“Memberi ruang untuk mendapatkan rokok adalah salah satu sebab gejala berkenaan masih berlaku dalam kalangan remaja,” jelasnya.