Eddy Ezry Nordin, 32,dari Kampung Rhu Muda, Marang bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Noradila A. Latif.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 13 Oktober ini untuk sebutan semula kes.

Eddy Ezry menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman 10 tahun penjara dan denda, jika sabit kesalahan.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah pasar raya di bandar raya ini pada petang 26 September lalu.

Perbuatannya disedari oleh pengawal keselamatan pasaraya tersebut, dan sewaktu ditahan, beberapa barangan selain 30 biji telur ayam gred A ditemukan yang kesemuanya bernilai RM128.39. - UTUSAN ONLINE