Itulah `balasan’ yang diterima oleh seorang bekas pekerja restoran warganegara Indonesia selepas dia mengaku bersalah terhadap tuduhan itu di Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak di sini hari ini.

Hakim Yong Zarida Sazali memerintakan Zulham Syahputra, 26, menjalani hukuman itu bermula tarikh tangkapan pada 20 Jun lalu.

Dia disabitkan melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa pada pukul 7.27 malam, 19 Jun lalu di dalam tandas tempatnya bekerja iaitu di sebuah restoran di Glenmarie, Shah Alam, dekat sini.

Zulham didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang boleh dikenakan penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Lelaki berkenaan kini menjalani hukuman penjara tiga bulan bermula tarikh tangkapan pada 20 Jun lalu kerana kesalahan menetap di negara ini melebihi tempoh yang dibenarkan di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. - UTUSAN ONLINE