Khairulbariah Mian, 29, mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Haslinda A. Raof.

Mengikut pertuduhan pertama hingga ketiga, tertuduh didakwa bersubahat dengan Zahari Alwi, 56, menggunakan kekerasan jenayah terhadap dua kanak-kanak berusia 10 dan 11 tahun ketika kejadian dengan maksud mencabul kehormatan mangsa.

Kesemua perbuatan tersebut didakwa dilakukan di dua buah rumah masing-masing di Taman Keramat dan Taman Seri Keramat di sini antara Disember 2015 dan 2016.

Pertuduhan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Raihana Abd. Razak mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 354 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu. - UTUSAN ONLINE