Tertuduh mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohammad Khalid Ab. Karim.


Bagi empat pertuduhan pertama, tertuduh didakwa meliwat dan memasukkan jari ke dubur mangsa berusia 11 tahun manakala bagi pertuduhan kelima, tertuduh didakwa memasukkan jari ke dalam dubur mangsa berusia tujuh tahun.


Perbuatan itu didakwa dilakukan di beberapa lokasi di daerah Mersing, antara April tahun lalu hingga bulan ini.


Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 377C dan 377 CA Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan


Hakim menetapkan 3 Ogos ini untuk sebutan semula kes bagi fakta kes dan hukaman. - UTUSAN ONLINE