Majistret Mohd. Zaki Abd. Rahman menjatuhkan hukuman itu terhadap Abdul Aziz Othman, 38, selepas dia mengaku bersalah melakukan perbuatan tersebut.

Mahkamah turut memerintahkan lelaki terbabit dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda itu. Tertuduh kemudian membayar denda tersebut.

Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Muhammad Qaiyim Kamaludin, 17, di bahagian penyimpanan barang pasar raya NSK di Seremban pada pukul 11 malam, 14 Januari lalu.

Kejadian tersebut yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV) juga tular di laman sosial. - UTUSAN ONLINE