Nor Hazrin Abdul Ratar, 33, dan Yahaya Abd. Wahid, 36, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mohd. Ghazali Mohamad Taib.

Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu terhadap Salam Md. Abdus, dan Md. Hafizur Rahman iaitu merompak wang tunai berjumlah RM1,330 dan dua telefon bimbit jenama Samsung milik kedua-dua mangsa di Jalan Morib Melalui Jalan Klang Lama, Brickfields di sini kira-kira pukul 2.15 pagi, 3 April lalu.

Pertuduhan terhadap kedua-duanya dikemukakan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan juga dikenakan sebat.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurakmal Farhan Aziz manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam, Mohamad Zaidi Othman.

Mahkamah  tidak membenarkan kedua-dua tertuduh dibebaskan dengan jaminan dan menetapkan 23 April ini untuk sebutan kes. - UTUSAN ONLINE