Emmanuel Joe Christie, 23, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya selesai dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa telah menakutkan ibunya, P. Calestina Jeya Seli dengan ugutan yang menyebabkan kematian dan mendatangkan ketakutan kepada mangsa di sebuah restoran di Pandan Jaya, Ampang di sini pada pukul 12 tengah malam, 25 Januari lalu.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Norhashimah Hashim mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya. - UTUSAN ONLINE