Tertuduh, Yau Chang Hong, 31, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun yang turut memerintahkan lelaki itu dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa memberi suapan wang tunai sebanyak RM500 kepada pembantu penguat kuasa, Nik Ekbar Effendi Nik Sazali, 31, sebagai dorongan untuk tidak mengeluarkan kompaun dan mengambil tindakan ke atas perniagaan kilang papan di alamat No. 182, Jalan 10, Kg Gajah, Kluang.

Tertuduh didakwa menjalankan perniagaan tanpa lesen MPK dan menjadikan rumah selain maksud asal iaitu kilang memproses kayu dan papan.

Chang Hong dituduh mengikut seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa SPRM, Mohamad Anis Redza Mohamad Anuar. - UTUSAN ONLINE