Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Peniaga hadapi 105 pertuduhan tipu RM6.3 juta didakwa lagi

Peniaga hadapi 105 pertuduhan tipu RM6.3 juta didakwa lagi
N. NARENDRAN dibawa ke mahkamah atas tuduhan mengemukan dokumen palsu di Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini. - UTUSAN/SYEFRY MONIZ

IPOH 6 Sept. - Seorang peniaga yang sebelum ini didakwa atas 105 tuduhan menipu melibatkan kerugian sebanyak RM6.3 juta didakwa lagi di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 10 pertuduhan mengemukan dokumen palsu berhubung kes yang sama dua tahun lalu.

N. Narendran, 36, dari Taman Bukit Kuchai, Puchong mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan atas semua pertuduhan tersebut yang dibacakan di hadapan Hakim Norashima Khalid.

Mengikut sembilan tuduhan itu, Narendra didakwa dengan curangnya telah menggunakan sebagai tulen dokumen Pesanan Kerajaan Negeri Perak yang mana sebenarnya dokumen itu adalah palsu.

Narendran yang diwakili peguam Bernard Francis didakwa melakukan kesemua kesalahan tersebut di pejabat Ganang Resources, No.C-2-09 Persiaran Greentown 3, Greentown Business Centre di sini antara 29 April 2015 dan 7 September 2015.

Bagi pertuduhan ke 10 pula, dia didakwa telah menggunakan sebagai tulen Surat Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) palsu bertarikh 31 Oktober 2015 di tempat yang sama.

Kesemua pertuduhan tersebut dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Nazratul Natrah Mohd. Yusof mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum dibawah Seksyen 467 kanun yang sama.

Jika sabit kesalahan Narendran boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda.

Mahkamah membenarkan tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin RM10, 000 bagi semua pertuduhan itu. -UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain