Nik Mohd. Faiz Nik Sen, 31, didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah restoran, USJ 1, Subang Jaya dekat sini kira-kira pukul 2 petang, 3 November lalu.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menyamar sebagai penjawat awam dengan memperkenalkan diri sebagai anggota polis kepada Deputi Superintenden Allen Yeoh Swee Joe, 59.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Majistret Mohd. Ikhwan Mohd. Nasir membenarkan Nik Mohd. Faiz diikat jamin RM3,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 November ini untuk sebutan kes.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Firdaous Mohamed Idris sementara peguam Yusri Yusoff mewakili Nik Mohd. Faiz.

Difahamkan, pada hari kejadian, tertuduh telah menipu seorang orang awam sebelum diekori oleh anggota polis dan tertuduh telah mengaku bahawa dirinya polis. - UTUSAN ONLINE