Siah Siu Eng, 62, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap Anita Dendo yang berusia belasan tahun bagi tujuan eks­ploitasi kerja paksa di Taman Semabok di sini kira-kira pukul 5 petang, 11 Februari lalu.

Pendakwaan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ifa Sirrhu Samsudin mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 15 tahun dan denda.

Hakim Norma Ismail membenarkan tertuduh yang diwaki­li peguam, Andrew Lourdes dan M. Pusppa diikat jamin RM20,000 dengan seorang ser­ta menetapkan 6 dan 7 April depan untuk merakam ketera­ngan mangsa.