Tinyu Eian Seng, 50, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan kepadanya oleh jurubahasa di hadapan Hakim Azwarnida Affandi.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa bersama seorang yang telah dituduh dengan curangnya telah mengeluarkan dan menggunakan wang berjumlah RM3,498,309 milik Ong Khoon Hong bagi maksud pembelian tanah di Lot 1265, Seksyen 67, Kuala Lumpur.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di syarikat Susperior Pool Alliance Holdings Berhad, One South Mall, Jalan OS, Taman Serdang Perdana, Serdang, di sini antara 21 Disember dan 26 Disember 2017.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mawarni Abd. Halim mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun dan sebat serta denda. - UTUSAN ONLINE