Tertuduh, Tan Chang Keong, 60, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim, Mohammad Khalid Ab. Karim. 


Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh melakukan perbuatan memperdagangkan lima wanita yang berusia 22 hingga 50 tahun bagi maksud mengeksploitasi kerja paksa di rumah warga emas di Jalan Mentahak Taman Johor, Tampoi, 2 Julai lalu. 

Chang Keong didakwa di bawah Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (Akta 670) yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 15 tahun dan boleh didenda, jika sabit kesalahan. 


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Asmah Zainal Arifin dan tertuduh diwakili peguam bela, M.Vinodharan. 


Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan dan menetapkan 10 dan 11 Oktober ini sebagai sebutan semula kes. - UTUSAN ONLINE