Suspek yang berpakaian lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Ayer Keroh di sini pada pukul 11 pagi sambil diiringi pegawai suruhanjaya berkenaan.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Majistret, Hurman Hussain terhadap suspek yang berusia 38 tahun terbabit.

Suspek ditahan semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM kerana disyaki melakukan kesalahan tersebut pada awal tahun lalu. - UTUSAN ONLINE