V. Suresh, 36, bagaimanapun mengaku tidak bersalah melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Apartmen Sri Indah, Jalan Sungai Besi, Taman Indah, dekat sini pada Jun lalu.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa telah memalsukan satu dokumen iaitu  sijil ijazah dari Open University Malaysia (OUM) dengan niat hendak menipu bagi kegunaan seorang pekerja swasta, B. Radha Devi, 37, untuk melanjutkan pengajian pada peringkat Sarjana di City University di sini.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 465 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sementara itu,  Radha Devi, 37,  turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dengan curang mengemukakan sijil palsu sama kepada pihak pengurusan City University di premis City University, dekat sini, pada Jun lalu.

Wanita itu didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Majistret Nor Ariffin Hisham membenarkan kedua-dua tertuduh masing-masing diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan 9 Oktber ini bagi sebutan kesemua kes. - UTUSAN ONLINE