Mohd. Abdul Malik Awang, 30, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kesemua  tuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Datin M. Kunasundary.

Mengikut kertas pertuduhan,  Mohd. Abdul Malik sebagai pengurus operasi yang diamanahkan untuk menyimpan barang gadaian pelanggan didakwa melakukan pecah amanah jenayah iaitu dengan curangnya menggunakan barang gadaian pelanggan demi kepentingan sendiri.

Semua kesalahan berkenaan didakwa  dilakukan dari Julai hingga Disember tahun lalu.

Kunasundary mengenakan jaminan RM5,000 bagi setiap kes dan sebutan semula pada 7 Mac ini. - UTUSAN ONLINE