Muhammad Yusof Hazmi, 21, bagaimanapun mengaku tidak bersalah merompak Lans Koperal Jestie Alexius Gusoi, 37, dengan mengambil beg silangnya yang bernilai RM350.


Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah kedai serbaneka, di Jalan 11/4 di sini kira-kira pukul 5 pagi, 29 April lalu.


Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda atau sebat.


Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Shafiq Hashim sementara tertuduh tidak diwakili peguam.


Hakim Hilmiah Yusof membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 31 Mei ini untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen. UTUSAN ONLINE