Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Pengeluar ais Atlas didenda RM34,500

KUALA LUMPUR 9 Mei – Sebuah syarikat pengeluar ais antara yang terbesar di Malaysia, Atlas Edible Ice Sdn. Bhd., didenda berjumlah RM34,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas 21 pertuduhan membuat potongan gaji secara tidak sah selain gagal membayar gaji melalui akaun bank pekerjanya, tahun lalu.

 

Majistret Zuhair Rosli menjatuhkan hukuman tersebut ke atas pe­ngarah syarikat itu, Foo Fu Lum @ Foo Fu Lam, 59, (gambar) selepas mengaku bersalah bagi kesemua pertuduhan yang dibacakan terhadap syarikatnya.

Dia selaku Orang Kena Saman (OKS) didakwa atas 12 pertuduhan, sebagai majikan kepada tiga pekerja asing warga Nepal didakwa mela­kukan potong­an gaji selain daripada yang dibenarkan di bawah Seksyen 24 Akta Kerja 1955 iaitu potongan Personal Loan dan Damage Loan bagi September, Oktober dan November tahun lalu.

Bagi sembilan pertuduhan lain, Fu Lum didakwa gagal membayar gaji iaitu profit sharing kepada tiga pekerja tempatan melalui bank bagi tiga bulan yang sama pada 2016 di bawah Seksyen 25.

Kedua-dua seksyen itu memper­untukkan hukuman mengikut Seksyen 99A akta sama dan jika sabit kesalahan, boleh didenda maksimum RM10,000 bagi setiap pertuduhan.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di premis syarikat itu di No. 155, Jalan Sri Ehsan 7, Taman Ehsan Kepong di sini, antara 30 September dan 15 Disember 2016.

Mahkamah memerintahkan OKS membayar denda RM21,000 bagi 12 pertuduhan melibatkan pekerja warga asing manakala baki sembilan pertuduhan melibatkan warga tempatan, pengarah syarikat itu dikehendaki membayar RM13,500.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain