Tertuduh, Mohamad Ferdaus Suwardi, 30 didakwa menyebabkan kematian Syed Mohd. Fazrul Syed Mohd. Ridhuan, 23, dan Wan Amir Hamzah Abu Hassan, 48, di No.1A, Jalan Bukit Kuda di dalam sebuah bilik tidur di premis berkenaan di antara pukul 6.30 pagi hingga 9 pagi, 31 Julai lalu. 

Timbalan Pendakwa Raya, Syed Farid Syed Ali yang mengendalikan pendakwaan mengemukakan pertuduhan itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Sek­syen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. 

Majistret Nor Asma Ahmad menetapkan 4 Oktober ini untuk sebutan semula kes. -UTUSAN ONLINE.