Majistret Siti Radziah Kamarudin menjatuhkan hukuman itu terhadap Chairul Anam Iksan, 35, selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan yang dihadapinya.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa mencuri bahagian komponen kereta iaitu empat buah tayar kereta milik seorang jururawat, Mohd Helmie Ayub, 36, yang bernilai RM3,500. 

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Kampung Segambut, Sri Hartamas di sini antara pukul 11.45 malam 8 Januari dan pukul 7.30 pagi , 9 Januari lalu. 

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Afiq Nazrin Zaharinan mengikut Seksyen 379A(1) yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan maksimum tujuh tahun dan boleh dikenakan denda. - UTUSAN ONLINE