Majistret Mahyudin Mohamad Som hukuman itu ke atas Ng Kon Yoke, 48, selepas dia mengaku bersalah mencuri dua helai stokin jenama Renoma, satu unit kertas putih saiz A4, keropok Mister Potato, sebotol air bikarbonat aiskrim soda jenama F&N, tisu, halia muda, bawang India, tiga paket cendawan Enoki dan tujuh paket ayam goreng sejuk beku jenama Locta Plus berjumlah RM272.16. 

Wanita itu melakukan perbuatan tersebut kira-kira pukul 11.30 pagi, 10 Mei lalu di Aeon Mall, Jalan Metro Prima, Sentul di sini. 

Ibu tiga anak itu didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda, jika disabit kesalahan.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara itu berkuatkuasa dari tarikh tangkap pada 10 Mei lalu dan turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara sebulan jika gagal membayar denda. Tertuduh membayar denda.

Terdahulu, peguam Vincent Chew yang mewakili tertuduh memohon hukuman denda ringan atas alasan dia hanya mencuri barangan keperluan dan anak guamnya juga telah berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu.

Timbalan Pendakwa Raya, Nur Farah Adilah Noordin memohon hukuman sebagai pengajaran. - UTUSAN ONLINE