Kok Chee Boon, 34, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan tersebut selesai dibacakan di hadapan Hakim Mohammed Mokhzani Mokhtar.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa menerima deposit berkenaan sebanyak RM15,163,200, RM998,000 dan RM48,400 yang keseluruhannya berjumlah RM16.21 juta di tiga tempat berasingan antara April 2014 dan November 2015.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 137(1) Akta perkhidmatan Kewangan 2013 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 137(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara 10 tahun atau denda sehingga RM50 juta atau kedua-duanya. - UTUSAN ONLINE