Yee Wee Kiong, 45, bagaimanapun mengaku tidak bersalah melakukan perbuatan itu di Hong Leong Bank cawangan Taman Serdang Perdana, Seri Kembangan, di sini antara 31 Mac 2014 dan 29 Mac 2016

Mengikut pertuduhan pertama hingga ketiga, tertuduh sebagai pengarah syarikat MEACS Construction Sdn. Bhd. yang telah diamanahkan dengan harta iaitu 57 keping cek bernilai RM5.3 juta telah melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan harta tersebut.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat serta denda.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Asyraf Ashy’ari Kamaruzaman sementara tertuduh diwakili peguam Vivek Sukumaran. - UTUSAN ONLINE