Tertuduh, Daisy Lim Ai Cheng, 56, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim, Mohammad Khalid Ab. Karim.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Ai Cheng yang merupakan pengarah syarikat Meck Marketing Sdn. Bhd., dituduh memiliki 4,540 unit dekoder jenama Meck untuk dijual di Wisma Thunderflash, No 8, Jalan Mutiara 6, Taman Perindustrian Plentong, dekat sini pada pukul 3 petang, 6 Disember 2016.

Mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 244(1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang dibacakan bersama-sama Peraturan 16(1)(b) Peraturan-peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000 dan Peraturan 16(3) peraturan-peraturan sama yang boleh dihukum di bawah Peraturan 37 peraturan sama. - UTUSAN ONLINE