Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Rosnee Mohd. Radzuan di Mahkamah Majistret di sini hari ini.


Menurut sumber, pengarah negeri berusia 58 tahun itu dipercayai menggunakan jawatannya dengan mencadangkan syarikat milik anak beliau sendiri untuk Sistem Kelas Tabika Perpaduan Negeri Pulau Pinang kepada Jawatankuasa penilaian Sebutharga Perkhidmatan Sistem EDU KIDS membabitkan nilai RM45,472.


Sumber berkenaan berkata, pengarah berkenaan ditahan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini ketika hadir memberi keterangan bagi membantu siasatan kes tersebut.


Dalam pada itu, difahamkan, anak kepada pengarah berkenaan yang berusia 27 tahun turut ditahan kira-kira pukul 10.30 pagi tadi di Ipoh, Perak bagi membantu siasatan kes sama.


“Suspek ditahan kerana disyaki bersubahat dengan bapanya dalam kes berkenaan dan dijangka ditahan reman esok,” katanya. - UTUSAN ONLINE