Mohd. Naim Ramli, 29, sebaliknya diperintah menjalani hukuman penjara 25 tahun dan dikenakan 10 sebatan atas kesalahan melakukan rompakan berkumpulan sehingga menyebabkan kematian Loh Min Lee, 36.

Keputusan sebulat suara itu dicapai oleh panel lima hakim diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Md. Raus Sharif yang bersidang bersama Tan Sri Zainun Ali, Tan Sri Ramly Ali, Tan Sri Azahar Mohamed dan Tan Sri Zaharah Ibrahim.

Kuorum berkenaan berpuas hati bahawa berdasarkan bukti keterangan yang dikemukakan, Mohd. Naim yang ketika itu berusia 24 tahun terlibat dalam rompakan berkumpulan.

Sehubungan itu, panel berkenaan membenarkan rayuan akhirnya selepas berpendapat sabitan dan hukuman mati yang diputuskan terhadap perayu bagi kesalahan membunuh, tidak selamat untuk dikekalkan.

Mohd. Naim didakwa atas tuduhan asal kerana membunuh Min Lee di rumah No. 53, Jalan Putra Perdana 2/22, Taman Putra Perdana, Puchong dekat sini, pada pukul 4.15 pagi, 7 Disember 2012. - UTUSAN ONLINE.