Tertuduh, Ramlee Daud, 38, yang tidak diwakili peguam didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Mengikut fakta kes, penipuan itu dibuat dengan cara memotong giliran bagi mempercepatkan proses mendapatkan rumah tersebut hingga mengakibatkan kesemua mangsa terlibat mengalami kerugian sebanyak RM6,500.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Rais Imran Hamid.

Hakim Noor Aini Yusoff bagaimanapun membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 bagi setiap tiga pertuduhan sementara menunggu tarikh sebutan semula kes pada 24 April depan. - UTUSAN ONLINE