Muhammad Khairul Ishak, 19, dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah sebaik sahaja pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan. 


Tertuduh didakwa merogol seorang remaja perempuan berusia 13 tahun di sebuah pangsapuri di Tengkera di sini, kira-kira pukul 11 malam pada 9 Disember lalu.


Muhammad Khairul didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.


Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ke atasnya diringankan dengan alasan telah insaf dan tidak mahu masa depannya gelap selain perlu menjaga ibu bapa yang tidak sihat di Perak.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Ruvinna Mohd. Rawi bagaimanapun memohon hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh. 


Elesabet kemudian menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun bermula dari tarikh tangkapan pada 10 Disember lalu. - UTUSAN ONLINE