Tertuduh, S. Jayganth, 28, mengaku bersalah sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret, Salina Omar. 


Dia didakwa melakukan perbuatan itu di hadapan kaunter tiket Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Johor Bahru Sentral pada pukul 8.10 pagi semalam.


Tertuduh didenda RM1,000 dan boleh dihukum penjara empat bulan jika gagal membayar denda berkenaan.


Walau bagaimanapun tertuduh membayar denda tersebut.- UTUSAN ONLINE